IPOH: Pemenang Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-35, Ngasrizal Ngasri atau Bell tidak akan melupakan jasa pengarah Allahyarham Mamat Khalid yang memberikan watak Barkoba kepadanya dalam telefilem bersiri '16 Puasa', '17 Puasa' dan '18 Puasa'.
Bell berkata watak itu cukup memberi kesan dalam hidupnya yang sekali gus melonjakkan semula populariti beliau dalam dunia hiburan tanah air.
Pelakon dan pelawak yang mencecah usia 43 tahun itu menganggap Mamat adalah sutradara prolifik yang berjaya menggilap watak Barkoba hingga menjadi fenomena.
"Orang suka dengan Barkoba yang hari ini menjadi seperti fonemena kerana watak saya dalam telefilem 16 Puasa, 17 Puasa dan filem 18 Puasa Di Kampong Pisang. Saya takkan lupa jasa arwah membantu melonjakkan semula nama saya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika dijemput menjadi panel program Sembang Santai Sempena Pameran Sutradara Mamat Khalid: Dalam Kenangan 2023 di Perpustakaan Awam Negeri Perak di sini pada Rabu.
Bell berkata Allahyarham Mamat merancang untuk meneruskan sekuel telefilem 19 Puasa dan 20 Puasa, namun tidak kesampaian.
Telefilem bersiri 16 Puasa, 17 Puasa dan 18 Puasa adalah telefilem yang mula ditulis dan diarahkan oleh Allahyarham Mamat Khalid sekitar 2017 dan menampilkan Bell sebagai Barkoba selain pelakon seperti Aziz M. Osman, Sabri Yunus dan Arab Khalid.
Ia mengisahkan sekumpulan penduduk di Kampong Pisang yang suka ponteng puasa dan berusaha menyembunyikan kegiatan itu daripada pengetahuan keluarga masing-masing.
Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohd Khalid meninggal dunia pada 24 Okt 2021 selepas rebah di restoran miliknya Sarang Art Hu di Tanjung Malim.
Allahyarham menghembus nafas terakhir pada usia 58 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2023
Bell (gambar) berkata Allahyarham Mamat merancang untuk meneruskan sekuel telefilem 19 Puasa dan 20 Puasa, namun tidak kesampaian. - Foto Astro GEMPAK
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Anwar berkata sikap prejudis kuasa besar dunia jelas kelihatan, kerana cenderung menyokong sesuatu yang dilihat selari dengan agenda mereka.
Ahli perniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu
Seorang ahli peniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menggunakan dokumen yang dipalsukan pada Jun tahun lepas.
AWANI Ringkas: Pergaduhan Piala Belia, FAM ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Belum bincang pengganti Speaker Dewan Negara - Fadillah
Fadillah berkata, pelantikan ke jawatan itu terletak di bawah budi bicara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Geng Bala tumpas, 13 wanita warga asing diselamatkan
Polis menumpaskan sindiket pelacuran, Geng Bala selepas menyelamatkan 13 wanita warga negara asing menerusi lima serbuan berasingan sekitar daerah ini dan Kulai pada 21 April hingga 1 Mei lalu.
Liga Super: KDNFC turunkan harga tiket perlawanan pertama
Kelantan Darul Naim FC (KNDFC) menurunkan harga tiket bagi perlawanan pertama pada Liga Super 2024/25 menentang Sabah di Stadium Sultan Muhammad IV.
Lori tangki bawa minyak masak terpakai terbabas di Lebuhraya Karak
Lori tangki jenis Volvo itu dalam perjalanan dari Kuantan menuju Pelabuhan Klang.
Monsun Barat Daya dijangka bermula Jumaat, taburan hujan lebih rendah - MetMalaysia
Monsun Barat Daya dijangka bermula Jumaat ini dan akan berterusan hingga September, menyebabkan kebanyakan tempat di seluruh negara mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak.
Keluarga harap proses hantar pulang jasad kru kapal ke Malaysia dipercepat
Keluarga Muhammad Isa Muhammad Veeramohan, 31, kru kapal warga Malaysia yang maut di Bangladesh Rabu lepas, berharap kerajaan membantu percepat penghantaran pulang jenazah.
'Barkoba' lonjak semula populari Bell, tak lupa jasa Mamat Khalid
Katanya, watak Barkoba cukup memberi kesan dalam hidupnya, sekali gus melonjakkan semula popularitinya dalam dunia hiburan tanah air.
Rupanya Bell Ngasri garang, isteri dedah sisi lain Barkoba di rumah
Isteri kepada pelakon dan pelawak Bell Ngasri iaitu Nur Farhana Mahamad Fauri berkongsi sisi lain suaminya ketika bersama keluarga.
RM3 juta kutipan, '18 Puasa di Kampong Pisang' filem paling laris tahun ini
Sambutan daripada penonton terus menunjukkan momentum kukuh, sekali gus mengembalikan keyakinan penonton.